Assalamualaikum, pada kali ini Accelerate Top Enterprise a.k.a ATE ingin membuka akaun bank pertamanya bersama Bank Rakyat.
Perlulah diketahui bahawa akaun ini berfungsi untuk duit keluar masuk perniagaan. Kalau pakai akaun persendirian, nanti tak tercapailah hasrat nak berbisness macam jutawan yang lain. Ada lagi kelebihan akaun semasa ni berbanding akaun biasa.
Jadi saya akan ceritakan pengalaman pertama kali buat akaun semasa untuk perniagaan ATE.
- Amaun buka akaun semasa RM1000.00 sahaja
- Sediakan cop bulat syarikat (boleh buat di kedai)
- Emel syarikat dan nombor telefon syarikat kena ada (boleh create guna gmail)
- Kad pengenalan
Proses buat akaun semasa syarikat ni tak terus siap pada hari tu jugak, mereka akan submit dulu dan semak butiran kita. Kena tunggu la beberapa hari atau dekat seminggu macam tu.
Selepas beberapa hari pegawai call suruh datang bank dan akaun boleh digunakan. Tetapi...
Tetapi..
Tetapi..
Tetapi..
Akaun semasa syarikat Bank Rakyat ni takda kad ye. Semua urusan online
Masalahnya, jika nak buat online kena isi borang lagi. Tunggu beberapa minggu sebab Bank Rakyat akan berikan device @ apps yang berfungsi sebagai Token (lebih kurang berfungsi macam TAC jika nak buat transaksi).
Jadi ini mungkin akan menangguhkan kerja-kerja nak setup payment gateway macam ipay88, ghl, senangpay, billplz dan lain-lain lagi.
Token ni berfungsi lebih kurang macam TAC dan akan berubah setiap 30 saat. Apps yang kami gunakan adalah "Entrust" yang boleh dimuat turun melalui google play. Pendapat peribadi saya sendiri, token ni amat secured dan tidak ada sebarang transaksi boleh dibuat kalau tiada nombor kod.
Token ni berfungsi lebih kurang macam TAC dan akan berubah setiap 30 saat. Apps yang kami gunakan adalah "Entrust" yang boleh dimuat turun melalui google play. Pendapat peribadi saya sendiri, token ni amat secured dan tidak ada sebarang transaksi boleh dibuat kalau tiada nombor kod.
Sekianlah perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat,.
*Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan bukannya dicedok dari mana-mana sumber.
#bankrakyat
#akaunsemasabankrakyat
#buatakaunsemasasyarikat
#acceleratetop
#acceleratetopenterprise
#acceleratetopenterprise
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete2019, Januari 2021 saya pun baru buka Acc semasa korporat, lamanya menunggu online banking siap, dah seminggu x call lagi.. x sabar nak guna
ReplyDeleteBerapa lama ya nak tunggu online banking siap?
Deletedah sebulan x terima email lagi
Delete